24 Feb 2017

Shiha Ambil Kelas Tinju

Tak sangka Shiha Zikir sanggup ambil inisiatif untuk menguruskan lagi badannya yang memang dah langsing tu. Menurut pelantun lagu Seperti Novel Cinta itu, sebelum ini berat badan pernah naik mendadak dan sekali gus buat fizikalnya naik.

“Waktu penggambaran muzik video alhamdulillah tiada halangan dan malah berjalan dengan lancar hanya separuh hari sahaja sudah habis. Cuma cabarannya adalah sebelum penggambaran itu.

“Saya nak kuruskan badan sebab Shiha pernah naik badan dengan mendadak. Jadi bila dua minggu nak mulakan penggambaran saya masuk kelas tinju untuk tempoh dua minggu berturut-turut, berat saya turun lima kilogram.

“Saya suka pergi kelas tinju sebab kalau geram dan tertekan dengan masalah yang ada, sanalah tempat untuk saya melepaskan segalanya,” katanya yang juga belajar Muay Thai sudah tiga tahun.

Shiha ditemui ketika menghadiri majlis pelancaran muzik video Seperti Novel Cinta (SNC) yang diadakan bertempat di Neway Karaoke, 1 Utama, Kota Damansara.


Untuk info, lagu SNC mendapat sentuhan sepenuhnya oleh komposer Ajai.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan