24 Feb 2017

Siti Saleha Buat Kejutan Di Majlis Resepsi

Umum ramai yang sudah tahu bahawa pelakon Siti Saleha akan melangsungkan majlis pernikahannya pada tahun ini dan kini giat dalam menguruskan persiapan ke jenjang pelamin.

Pun begitu, bintang cantik itu akui terdapat beberapa persiapan yang masih lagi dalam perbincangan. Begitu juga dengan tarikh perkahwinan yang akan dimaklumkan kemudian.

Siti Saleha yang ditemui ketika dipilih menjadi Role Model To Masscommers SEGi Universiti, Kota Damansara, baru-baru ini, dengan gembira memberitahu akan ada kejutan bagi tema resepsinya nanti.

“Insya-Allah, mungkin ada kejutannya, kita sama-sama nantikan ya,” katanya ringkas.


Kakigosip difahamkan juga seandainya Siti Saleha berpeluang untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang Komunikasi Media Massa, bintang itu kemungkinan akan diberikan biasiswa dari pihak SEGi Universiti.

“Saya sebenarnya terkejut bila menerima surat dari pihak institusi menyatakan saya telah diundi daripada pelajar-pelajar fakulti Komunikasi Media Massa. Namun saya gembira sebab saya juga merupakan bekas pelajar dalam jurusan Komunikasi Media Massa.

“Jadi andai diberikan peluang untuk sambung belajar, mungkin. Sebab saya orangnya tidak gemar dengan perkomputeran tetapi hal-hal melibatkan photoshop dan editing itu saya suka. Jadi nak asah semula kemahiran saya di situ,” ujarnya.

Antara artis lain turut memeriahkan lagi majlis pelancaran Studio Penyiaran Fakulti Komunikasi Media Massa ialah, Aiman Tino, Sazzy Falak, Pushpa Dewi Remaja (2004), Azura Zainal, Fiza Fizzy, Razif Hashim, Sharifah Amani dan ramai lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan