24 Nov 2016

Tahniah Iesya Toh, Selamat Bersalin Anak Lelaki

Penyanyi dan Personaliti RTM, Iesya Toh telah selamat melahirkan seorang anak lelaki pada tarikh 19 November lalu dengan berat 2.91kg di Hospital Swasta Shah Alam.  Sehingga ke hari ini, bayi lelaki comel ini masih belum diberikan nama lagi.

Iesya yang ditemubual melalui Whatsapp memberitahu dirinya dan anak dalam keadaan sihat walafiat.



"Alhamdulilah, saya bersalin secara normal tanpa painkiller, gas, epidural dan ubat-ubatan lain.  Sengaja saya nak rasa bagaimana orang-orang dulu bersalin.  Bila dah rasa, memang sakit yang amat.

"Pun begitu, nasib saya baik, bukaan cepat.  Dalam bilik bersalin dua jam sahaja.  11.27 malam masuk dan 1.46 pagi, baby pun lahir. Pengalaman sangat," ujarnya.

Tambah Iesya, dia cukup respek dengan orang dulu-dulu yang anak ramai dan bersalin secara normal.  

Ditanya jika ada rezeki untuk baby kedua nanti, adakah Iesya mahu bersalin secara normal seperti orang dulu-dulu lagi?

"Serik tu tak tapi kalau baby kedua nak epidural la.  Tak tahan sebab sakit sangat," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan