24 Nov 2016

Randy Pangalila Mahu Terus Nikah; Tak Perlu Tunang

Sebelum ini ada ura-ura mengatakan pelakon popular Indonesia iaitu Randy Pangalila sudah mengikat tali pertunangan, bagaimanapun dakwaan itu ternyata salah setelah Kakigosip berjaya mengajukan persoalan tersebut.



“Belum, saya jelaskan di sini, sewaktu pertanyaan itu muncul pada tahun 2011, pada saat itu saya belum faham bahasa Melayu sepenuhnya. Pada kefahaman saya tunang itu seperti berkawan ataupun sebagai kekasih.

“Namun menurut Elfira yang juga menanyakan hal yang sama, terang Elfira tunang itu adalah ikatan yang bakal ke fasa perkahwinan.

“Saya selama lima tahun ini memang hanya berkasih dan hanya terus akad nikah tanpa ada majlis pertunangan. Saya merancang dalam tempoh dua tahun lagi kerana dia masih berusia 22 tahun, saya pula 26,” jelas Randy sambil berkongsi nama kekasih, Michella Putri.



Jelas Randy yang ditemui ketika menghadiri sidang media telefilem Oh My! English Road To Jogja! yang diadakan di GSC Pavilion, semalam.

Randy kalau sebelum ini terkenal dengan karakter yang selalu sahaja membawakan watak drama cinta, namun pembabitan kali pertama menerusi genre baru, Randy berkata ini merupakan satu pengalaman baru.

"inI merupakan pengalaman yang menarik dan pertama saya, malah watak saya di dalam telefilem ini seorang yang agak misteri dan pelbagai. Jadi cabaran berlakon genre yang kelakar kenapa tidak saya sahut,” katanya.



Saksikan Randy bersama barisan bintang lain, Elfira Loy, dan penampilan istimewa Mark Adam, Juzz Thin, dan Jihan Muse yang bakal bersiaran di saluran Astro (TVIQ 610, Prima 105, Maya HD 135) pada 3 dan 11 Disember jam 9 malam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan