24 Feb 2017

Rumah Tangga Bergolak? Nazim Othman Beri Penjelasan

Setelah heboh netizen memperkatakan tentang hubungan rumah tangga di antara dua pelakon terkenal Nazim Othman dan Bella Dally, Nazim Othman tampil memberi penjelasan.


Kata Nazim, dia berterima kasih kepada yang bertanya tentang dirinya dan Bella, ini menunjukkan masih ada lagi yang mengambil berat tentang mereka.

Nazim berkata dia menerima segalanya dengan positif dan dia menafikan bahawa rumah tangganya sedang bergolak seperti yang sedang hangat diperkatakan sekarang.

"Saya terima semuanya dari perspektif positif. Untuk pengetahuan semua, kami baik-baik saja."

Sememangnya Nazim berkata dia sejak dari dulu lagi dia memang tidak suka untuk berkongsi hal peribadinya dan selepas kahwin juga prinsip itu masih lagi dipegang olehnya.

Sehubungan dengan gosip rumah tangganya yang sedang bergolak ini dia mengatakan tidak ada apa yang perlu untuk diceritakannya dengan lebih lanjut.

Seperti yang Kakigosip katakan sebelum ini, kami tetap mendoakan yang terbaik untuk pasangan ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan