11 Jan 2017

Tak Mandi 9 Hari Selepas Jalani Rawatan Sedut Lemak

Setiap wanita tentu mendambakan bentuk tubuh yang ideal bahkan lemak menjadi salah satu masalah sehingga membuatkan seseorang itu kurang rasa percaya pada diri sendiri.

Tidak mahu terus di belenggu dengan rasa tertekan dan kurang keyakinan diri, penyanyi dangdut juga bintang sinetron, Dewi Persik, 31, mengakui telah melakukan rawatan sedut lemak kira-kira sebulan lalu demi mendapatkan bentuk tubuh yang lebih langsing dan menawan.

Memetik lapran Kapanlagi.com, aktres seksi ini memberitahu, setakat ini dia masih belum merasai apa-apa kesan sampingan selepas menjalani rawatan tersebut.

"Sedut lemak pada bahagian tertentu agar lebih menawan. Setakat ini saya belum merasai kesan sampingannya cuma saya kurang makan dan perut pun sudah kecil.

"Tapi ada bahagian agak bengkak, ini kerana saya memakai korset tambahan jahitan belum dibuka. Dada saya bengkak sedikit kerana 'bra line'.

"Bayangkan laser panjang seperti lidi, dimasukkan ke dalam tubuh saya dan lemak itu dicucuk-cucuk, jadi lukanya di dalam

"Sekarang masih belum boleh tahu pengurangan berat badan saya tapi nanti selepas tiga bulan baru akan nampak kesannya. ," ujar Dewi berkongsi tentang bagaimana proses sedut lemak dijalankan ke atas dirinya.

Dalam pada itu penyanyi yang popular dengan lagu Halalin Aku ini mendedahkan, selain tidak makan dalam kuantiti yang banyak, dia juga terpaksa berpantang mandi selama sembilan hari.

"Pantangannya jangan makan banyak-banyak. Selain itu, saya juga tidak boleh mandi selama sembilan hari. Memang badan rasa tidak selesa kalau tidak mandi.

"Dalam tempoh ini, ke mana saja saya pergi, saya harus memakai korset," tuturnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan