11 Jan 2017

Rita Terkilan Gurauan Minta Orang Masuk Meminang Jadi Viral

Aktres popular Rita Rudaini terkilan kerana video yang dihasilkan untuk gurauan peribadi menjadi tular selepas disebarkan pihak tidak bertanggungjawab.

Memetik laporan Harian Metro, Rita berkata, video yang memaparkan dirinya meminta orang masuk meminang itu sebenarnya dihasilkan untuk gurauan dalam kumpulan WhatsApp ahli keluarga seorang artis yang dikenalinya.

"Sebenarnya, video itu dibuat hanyalah untuk gurauan antara kawan-kawan saja. Saya langsung tidak memaksudkannya dan tak sangka pula ia menjadi tular di laman sosial.

"Saya juga tiada masalah untuk memenuhi impian seseorang untuk bergurau atau menghantar video untuk mereka tetapi mereka perlu peka jika ia membabitkan golongan selebriti.

"Saya kecewa kerana kadang-kadang perlbagai persepsi orang kepada saya yang memegang status begini (ibu tunggal). Ada orang yang boleh terima video ini sebagai bahan lawak dan ada pula yang menghentam saya dengan mendakwa saya sangat terdesak pula,” katanya.

Rita berkata, selepas ini dia akan lebih berhati-hati untuk menghasilkan video bagi memenuhi permintaan pihak tertentu.

Katanya, ahli keluarga artis itu sudah pun mengaku perbuatan mereka dan turut memohon maaf dia memaafkan pihak berkenaan dengan hati yang terbuka.

Dalam pada itu, Rita berharap pihak yang terbabit akan lebih berhati-hati untuk berkongsi sebarang video berbentuk peribadi demi menjaga hati dan sensitiviti sebelah pihak sebelum berkongsi video itu dengan orang lain terutama di laman sosial.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan