Berharap dapat melangsung perkahwinan dengan kekasihnya Nedim Nazri, dalam tahun ini, aktres Nora Danish bagaimanapun beliau hanya ingin mengadakan majlis wajib saja iaitu akad nikah.
"Insya-Allah kami merancang berkahwin pada tahun ini. Cuma, saya tidak mahu memaklumkan tarikhnya kerana bimbang tak jadi nanti.
"Siapa yang tidak mahu berkahwin? Sudah sendiri sudah bertahun-tahun mengatakan ingin berkahwin. Kalau semuanya dipermudahkan, saya hanya mahu majlis akad nikah yang diadakan di rumah secara kecil-kecilan dan seringkas mungkin," katanya seperti yang dilaporkan BH online.
Tambah pengusaha jenama Owl by ND, sebolehnya dia tidak mahu bertunang begitu juga dengan wang hantaran.
"Kalau boleh, kali ini saya tidak mahu bertunang pun, wang hantaran juga takkan ada. Cukup buat yang wajib, iaitu nikah saja," ujar ibu kepada Putera Rayqal ini.
Sebelum ini, Nora pernah mendirikan rumah tangga bersama Rizal Ashram Ramli atau Jejai. Mereka berkahwin pada Jun 2006 dan bercerai kira-kira dua tahun kemudian.
Perkembangan lain, Nora berkata tahun 2017 bakal menyaksikan dirinya mengukuhkan lagi cabang perniagaan dan dunia lakonan.
Filem lakonannya bersama produksi Indonesia, Syurga Yang Tak Dirindukan 2, akan ditayangkan pada bulan depan. Selain itu, dia akan terbabit dengan penggambaran filem Cinta Bukan Malaikat, bergandingan dengan Ashraf Muslim.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan