3 Jan 2017

Eira, Azad Timang Anak Kedua

Pelakon, Eira Syazira yang selamat melahirkan anak keduanya Sabtu lalu melalui pembedahan bersyukur anaknya itu sihat.

Memetik laporan Utusan online, Eira berkata dia berharap agar dapat merasai pengalaman bersalin secara normal, namun demi keselamatan anak keduanya ini dia terpaksa meneruskan kelahiran secara pembedahan.

"Memang sejak awal lagi saya berharap dapat melahirkan anak kedua ini secara normal, tetapi menurut doktor keadaan anak saya yang songsang dan air ketuban yang semakin sikit memerlukan saya meneruskan kelahiran ini dengan pembedahan. Sebenarnya saya tidak kisah pun, janji anak kedua saya ini sihat.

"Saya dan Azad memilih nama Ameisya Leann Rose yang membawa makna kehidupan tenang, kelembutan dan kehalusan. Anak kedua saya ini dilahirkan dengan berat 3.9 kilogram di sebuah hospital di Puchong pada 31 Disember lalu,” katanya.

Eira atau nama sebenarnya Syazira Shuhaimi, 32, memberitahu dia juga akan bercuti selama tiga bulan sebelum kembali aktif dalam dunia seni.

"Sepanjang tempoh berpantang saya akan berada di rumah sendiri sahaja. Memang ibu mentua juga akan membantu menjaga saya.

"Mungkin selepas tiga bulan baru saya akan kembali aktif dengan dunia nyanyian dan lakonan. Buat masa ini mahu beri tumpuan kepada keluarga dahulu, ” katanya.

Sementara itu, Eira yang juga isteri kepada pelakon Azad Jazmin, 40,mendirikan rumah tangga pada 16 September 2011. Pasangan ini juga sudah dikurniakan anak sulung Amarra Sofea Rose yang kini berusia empat tahun.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan