3 Jan 2017

Diana Danielle Perjelas Gambar Sarat Hamil

Gara-gara sekeping gambar sarat mengandung Diana Danielle di laman sosialnya baru-baru ini telah mengundang pertanyaan ramai pihak. Melalui komen-komen yang ditinggalkan peminatnya juga ada yang percaya Diana kini sedang mengandung anak ketiga. Malah ada yang tidak ketinggalan untuk mengucapkan tahniah.

Malah melalui kapsyen yang ditinggalkan Diana juga menambahkan lagi sikap ingin tahu peminatnya “ Chemad, Cheya! Are u ready for another adik?” tulisnya.

Memetik laporan Utusan online, pelakon berusia 25 tahun ini bagaimanapun menjelaskan gambar tersebut merupakan salah satu babak dalam drama terbaharunya.

“Itu gambar untuk drama TV3, Raisha,” jelasnya.

Sementara itu Diana yang juga isteri kepada pelakon Farid Kamil, 36, mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012. Mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad, 3, dan Nur Aurora yang berusia setahun.

Namun baru-baru ini pasangan ini menjadi perhatian dek pendedahan Diana mengenai keadaan krisis rumah tangganya. Namun Farid, menegaskan keadaan rumah tangga mereka kini sudah kembali pulih.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan