17 Dis 2016

Pablo Amirul: "Itu Memang Badan Saya"

Pelakon filem Polis Evo, Pablo Amirul mendakwa dia menjadi mangsa suntingan jenayah siber apabila empat gambar bogel yang menyerupai dirinya tersebar di laman tumblr, baru-baru ini.

Pablo atau nama sebenarnya Amirool Hisyam Mohd Sakri, 31, ketika dihubungi, mengesahkan bahagian badan yang tertera pada salah satu gambar itu adalah badannya namun bahagian lain telah disunting oleh pihak yang tidak bertanggungjawab sehingga menampakkan sebahagian alat sulit.

"Saya mahu lihat dulu apa yang akan berlaku. Sebab itu saya tak mahu akuinya kerana orang tetap akan pertikaikan.

"Saya sudah melihat salah satu gambar tersebut tiga hari lalu ketika sedang menjalankan promosi DVD filem Last Kopek Havoc di Pulau Pinang Saya mengaku itu badan saya.Tetapi yang bahagian lain-lain itu adalah suntingan, "katanya.

Enggan memanjangkan isu tersebut Pablo berkata, dia tidak membuat laporan polis sebaliknya hanya berserah kepada Allah.

"Saya serahkan semuanya kepada Allah. Saya tidak membuat laporan polis kerana tidak mahu memanjangkan hal ini.

Ditanya adakah berkemungkinan dirinya disabotaj, Pablo berkata dia enggan menunding jari pada mana-mana pihak dan tidak mahu mengambil pusing hal berkenaan.

"Entahlah...saya tak mahu tuduh sesiapa. Sebelum ini saya pun bukannya ada kontroversi. Mungkin perkara ini terjadi kerana kerjaya saya sekarang semakin rancak,"tuturnya yang sebelum ini pernah membintangi filem seperti Sniper, dan Kasutku Kusut.

Kontroversi gambar bogel Pablo timbul apabila empat keping gambar menyerupai dirinya tersebar sejak beberapa hari lalu. Dua daripada gambar tersebut menunjukkan sebahagian alat sulit.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan