17 Dis 2016

Farah Asyikin Bakal Akhiri Status Janda Dengan Lelaki 51 Tahun

Bekas penyanyi, Farah Asyikin, 37, dilaporkan akan bernikah kali ketiga pada 7 Januari depan selepas hampir setahun berpisah dengan bekas suami kedua.

Memetik laporan BH online, ibu tunggal kepada Ebrahim Owais, 2 tahun sembilan bulan, itu memilih duda anak tiga, Raja Iskandar Raja Muktharuddin sebagai bakal suaminya.

Lelaki berusia 51 tahun itu bekerja sebagai pengurus besar di sebuah syarikat minyak dan gas.

Majlis pernikahan mereka akan diadakan di sebuah pusat komuniti di ibu kota.

"Bakal suami saya duda dan kematian isterinya sejak 18 tahun lalu. Kami kenal sejak Disember tahun lalu. Beliau melamar saya Mac lalu iaitu pada bulan sama bapa menghembuskan nafas terakhirnya.

"Beliau sempat mengenali arwah bapa. Arwah juga menyenanginya," katanya.

Selepas gagal dalam dua perkahwinan, Farah mengakui hatinya pernah serik untuk berkahwin lagi. Namun kuasa Tuhan mengubah segala-galanya.

"Semua ini kuasa Allah. Mula-mula dulu memang saya tak yakin dengan hubungan ini. Malah saya juga bersikap jual mahal. Ditambah dengan kes penjagaan anak yang baharu saja selesai beberapa bulan lalu, saya masih teragak-agak.

"Namun jodoh saya dengannya jadi kuat. Di sebalik kegagalan dua perkahwinan terdahulu, saya banyak belajar. Walaupun ada yang anggap saya salah pilihan, ada hikmah di sebalik dugaan dan ujian yang hadir.

"Semua pengalaman itu mahal, termasuk belajar menerima lamaran lelaki baharu dalam hidup, sekali gus memikirkan niat untuk membina hidup bersamanya," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan