23 Sep 2016

Wajah Terbaru 'Ricky Martin Malaysia', Shawn Baharin


Masih ingat lagi tak anda dengan penyanyi Shawn Baharin?



Bagi mereka yang membesar era tahun 80-90an pasti kenal dengan Shawn.  Jika anda merindui dan tertanya-tanya di manakah Shawn, inilah wajah terbarunya.  Manis seperti dahulu juga.  



Merujuk pada FB adiknya Anis Suraya, difahamkan Shawn pulang sekejap ke Malaysia kerana Shawn kini menyanyi di luar negara.

"Pertemuan singkat kami adik-beradik.  Terpisah antara benua mencari peluang seni yang ada.  Rezekinya di luar negara," tulis Anis.



Shawn atau nama sebenarnya Tengku Shamsul Bahrin Tengku Sulaiman merupakan abang kepada penyanyi Anis Suraya.  Shawn aktif sebagai penyanyi pada tahun 1999 - 2003 dengan lagu-lagu pop.

Shawn hanya sempat menghasilkan dua album sahaja. Antara lagu-lagu popularnya adalah Melodi Hati, Rosmaria, La Bomba, O.E.O.  Disebabkan itulah dia mendapat gelaran Ricky Martin Malaysia.

Kalau Shawn pulang lama ke Malaysia untuk sertai Gegar Vaganza 3 atau buat persembahan eksklusif di final Akademi Fantasia 2016, pasti meletop kan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan