26 Feb 2017

"Tak Mahu Kongsi Apa-apa Lagi" - Neelofa

Neelofa menegaskan beliau tidak mahu lagi berkongsi mengenai kisah peribadinya berikutan kenyataan yang pernah dikeluarkan sebelum ini seperti tiada kesudahan apabila dia terus diasak pelbagai persoalan susulan hubungannya dengan seorang kerabat diraja.

Memetik laporan Harian Metro, pelakon dan pengacara itu juga enggan mengulas mengenai desas-desus percutian beliau di sebuah lokasi luar negara, bersama beberapa teman termasuk kerabat yang dikatakan akrab dengannya

"Kalau boleh saya tidak mahu ulas apa-apa lagi soalan berkaitan kisah peribadi. Cukuplah rasanya kerana sebelum ini sudah terlalu banyak kenyataan yang saya berikan. Saya tidak mahu kongsi apa-apa lagi," katanya.

Sementara itu, Neelofa juga menafikan dia tidak menerima tawaran berlakon dalam sebuah drama bersiri terbaru arahan Michael Ang kerana enggan berganding dengan Fattah Amin.

"Saya dan Fattah masih berkawan. Kadang-kadang saya ada menghubunginya dan bertanya khabar. Jadi, tidak timbul isu saya enggan digandingkan dengannya.

"Saya memang memang mahukan watak yang ditawarkan itu, tetapi atas beberapa sebab yang perlu diambil kira dan tidak dapat dielakkan, saya terpaksa melupakannya," katanya.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan