26 Feb 2017

3 Malam Gelak Sakan Dengan Super Kam Ultra

Selepas kejayaan Super Kam pada tahun 2012, siri pementasan komedi stand-up yang kali ini menerusi persembahan terbesar diberi nama Super Kam Ultra akan kembali dipentaskan di KLPac selama tiga malam berturut-turut mulai 24 hingga 26 Februari ini.

Pementasan Super Kam Ultra yang dibawakan oleh Creative Toniq ini menampilkan gandingan mantap empat diva komedi yang tidak asing lagi iaitu ratu komedi tanah air, Joanne Kam bersama Shamaine Othman, pelawak Bibi K Poh, pelawak terkenal Singapura, Sharul Channa serta pelawak yang kini sedang melonjak naik namanya, Hannan Azlan. Sementara pelawak terkenal, Papi Zak akan bertindak sebagai pengacara.

Menjanjikan 90 peratus persembahan jenaka baru, penonton bakal dihiburkan dengan telatah, celoteh dan jenaka para pelawak tentang hubungan cinta, perkahwinan, cabaran untuk mengurangkan berat badan dikalangan kaum ibu dan banyak lagi topik yang pasti mencuit hati.

Tiket-tiket boleh berharga RM48, RM58, RM68 dan RM78. Maklumat lanjut layari http://ift.tt/1fef56y atau http://www.joannekam.my atau hubungi talian 03 4047 9000.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan