9 Jan 2017

Yusry, Lisa Rahsiakan Jantina Anak Kedua

Bakal menimang cahaya mata kedua pada April depan, pengarah Yusry Abdul Halim mengakui dia dan isterinya, aktres Lisa Surihani, sudah pun mengetahui jantina anak mereka namun memilih untuk merahsiakannya terlebih dahulu.

"Imbasan jantina sudah pun dibuat tetapi biarlah ia menjadi rahsia terlebih dahulu buat masa ini," katanya seperti yang dilaporkan mStar online.

Dalam pada itu, Yusry berkata, Lisa lebih bertenang dan menikmati detik-detik indah sebelum bersalin berbanding pengalaman kehamilan pertama.

"Alhamdulillah kandungan Lisa sudah pun memasuki bulan keenam dan setakat ini semuanya berjalan lancar dan lebih mudah.

"Lisa lebih tenang dengan kandungan kedua ini mungkin kerana sudah ada pengalaman dengan anak pertama sebelum ini," katanya.

Lisa dan Yusry berkahwin pada 23 Februari 2012 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang anak perempuan Yahaira Leanne yang lahir pada 15 September 2015.

Dalam perkembangan lain, Yusry akan menjalinkan kerjasama dengan pengarah Datuk Profesor Dr. A. Razak Mohaideen bagi menghasilkan teknik pengimejan berkomputer (CGI) filem Badang.

Selain itu, da juga sedang sibuk menyiapkan filem animasi terbaharu KRU Studios berjudul Willy.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan