9 Jan 2017

Pernah Diserbu Peminat, Aiman Tino Akui Serik Jalan Sendirian

Sekadar sengaja mahu untuk melihat sejauh mana tahap popularitinya, penyanyi sensasi Aiman Tino, 19, mendedahkan dia pernah membuat eksperimen berjalan sendirian di pusat beli-belah di ibu negara.

Namun eskperimennya itu bertukar menjadi pengalaman mencemaskan apabila dia diserbu ramai peminat.

"Bukanlah saya nak berangan, tapi sejak lagu Ku Rela Dibenci menjadi fenomena, saya mahu melihat sejauh mana masyarakat mengenali saya. Apakah mereka tahu lagu semata-mata atau rupa paras penyanyinya.

"Tetapi tak sangka pula, saya dikerumuni peminat. Namun, saya tetap melayan mereka dengan baik," katanya seperti yang dilaporkan BH Online.

Tambah Aiman, berikutan insiden itu, dia tidak lagi keluar sendirian, sebaliknya ditemani keluarga atau rakan-rakan.

Dalam perkembangan lain, single terbaharu Aiman berjudul Permata Cinta sudah mula diputarkan di stesen radio tempatan.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan