Aktiviti berbahaya sekumpulan remaja yang mencetuskan kontroversi memanjat mercu tanda IPOH beberapa hari lalu menjadi bualan hangat umum.
Aksi 'berani mati' kumpulan berkenaan mendapat pelbagai reaksi dan komen di media sosial yang rata-rata kurang bersetuju dan mengkritik aktiviti yang dilakukan oleh kumpulan tersebut.
Pada 2 Januari lalu, kumpulan yang terdiri daripada lima lelaki dan tiga wanita berusia 20 hingga 24 tahun itu telah menyerah diri di balai polis Daerah Ipoh. Bagaimanapun, kumpulan itu dibebaskan dengan jaminan polis.
Tindakan kumpulan remaja itu yang menyerah diri turut mendapat perhatian pelakon Sharnaaz Ahmad. Menerusi laman sosial Instagram miliknya, pelakon drama Awak Sangat Nakal ini memuat naik status memuji sikap berani kerana menyerah diri namun dia turut memberikan nasihat kepada kumpulan itu.
Sharnaaz berpendapat kesalahan yang dilakukan oleh kumpulan itu tidaklah terlalu besar sebaliknya dia memahami bahwa mereka sekadar mahu mencari keseronokkan.
Pun begitu, dia mengingatkan kumpulan itu agar selepas ini jangan lagi memuat naik gambar sebarangan aktiviti berbahaya yang mereka lakukan bagi mengelakkan dari timbul sebarang isu.
Kenyataan Sharnaaz itu mendapat pelbagai komen positif daripada pengikut-pengikutnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan