Malang tidak berbau apabila isteri kedua Adi Putra, Norshahida Zolkifly, 32, yang bakal menerima cahaya mata itu keguguran beberapa minggu yang lalu.
Menurut Norshahida, dia sendiri tidak menyedari bahawa dirinya sedang hamil ketika usia kandungan memasuki usia dua bulan.
Norshahida mendapat tahu dirinya berbadan dua apabila mula mabuk ketika menaiki kenderaan.
Walau bagaimanapun, hasrat untuk menimang zuriat tidak kesampaian apabila tanda kehamilan seperti mabuk itu sudah tidak ada.
Selepas kejadian malang itu, segelintir netizen telah mendakwa bahawa rumah tangga dia dan Adi sedang bergoncang, namun Norshahida menepis dakwaan itu dan menyatakan perhubungan mereka aman damai.
Malah hubungannya dengan isteri pertama Adi iaitu Aida Yusof, 41, juga tidak bermasalah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan