Di penghujung tahun, 31 Disember 2016, pasangan Eira Syazira dan Azad Jasmin bertambah bahagia apabila dikurniakan seorang lagi cahaya mata dalam keluarga mereka.
Anak sulung mereka iaitu Amarra Sofea Rose kini berusia empat tahun dan sudah pun mempunyai adik perempuan yang diberi nama Ameisya Leann Rose.
Eira selamat melahirkan seorang bayi perempuan yang comel seberat 3.9 kilogram melalui kaedah pembedahan. Melalui perkongsian di Instagram, Eira dan Azad meluahkan rasa syukur mereka di atas kurniaan ini.
Alhamdulilah, semoga dengan kehadiran bayi ini terus mengukuhkan kasih sayang mereka sekeluarga.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan