Penyanyi kelahiran Malaysia yang kini bertaraf antarabangsa Yunalis Zarai baru-baru ini terlibat dalam insiden yang tidak disangka-sangka.
Dalam satu temu bual sebuah majlis hiburan iaitu Soul Train Music Awards di Las Vegas baru-baru ini, Yuna secara megejut telah dipegang di bahagian bahu oleh seorang rakan artis barat.
Kemudian melalui rakaman video yang dipaparkan, Anderson Paak memuji Yuna dan selepas saling berterima kasih, Anderson telah memeluk dan mencium pipi Yuna yang mana Yuna tidak sempat untuk mengelak. Mungkin ciuman di pipi tersebut sebagai tanda persahabatan di barat.
Biarpun perkara itu berlaku begitu pantas namun netizen mula memberikan pelbagai reaksi. Namun Kakigosip yakin perkara itu terjadi tanpa sengaja dan di luar kawalan Yuna.
Mungkin selepas insiden ini Yuna akan lebih berhati-bati pada masa akan datang. Sebelum ini, Yuna pernah menerima kritikan yang serupa apabila sekeping foto dia bersama Pharrell Williams tersebar di media sosial dan insiden dipeluk oleh usher.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan