Alhamdulilah, selepas berteka-teki akhirnya pelakon Saharul Ridzwan mengakui bahawa isterinya Qaabila Deena Emir sedang hamil anak pertama mereka.
Jika sebelum ini Saharul enggan memberitahu kerana mungkin terlalu awal, namun akhirnya status di IG Saharul menjawab segala pertanyaan.
Tulis Saharul di Instagramnya, "Assalamualaikum. Alhamdulilah, doakan Allah melindungi kami" dengan memaparkan gambar bayi di dalam kandungan.
Posting seminggu lalu itu terus mendapat ucapan tahniah daripada kenalan dan para peminatnya.
Difahamkan, usia kandungan tersebut sudah pun memasuki bulan kedua. Setakat ini ibu serta bayi dalam keadaan sihat walafiat.
Kami di Kakigosip mengucapkan agar semua perkara dipermudahkan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan