24 Nov 2016

Saya Tidak Minum Arak - Arja Lee

Sejak kebelakangan ini Arja Lee selalu dilihat memenuhi undangan pentas di acara fesyen show. Iyalah, Arja bukan sahaja pandai berlakon tetapi berbakat besar dalam bidang seni suara.

Lazimnya acara fesyen show selalunya diadakan di pusat-pusat hiburan, jadi bagaimana agaknya respon Arja seandainya dia berada di lokasi pusat hiburan? Ini jawapnya.

“Selalunya memang ada yang buat fesyen show di pusat hiburan atau kelab, malah ada juga fesyen berskala besar menjadikan lokasi tersebut sebagai tempat fesyen show. Tapi saya tidak minum alkohol apatah lagi melakukan perkara-perkara yang tidak sepatutnya.

“Pun begitu, ia bergantung pada gambar yang diambil adalah sangat penting. Katakanlah ada sepuluh klien dan mereka minum kemudian mahu bergambar dengan saya, kebiasaannya mereka sudah faham dan menjaga imej saya.

“Contohnya ketika bergambar, mereka dan saya akan pastikan tiada yang memegang gelas ketika gambar diambil. Sebab selepas itu sudah tentu gambar yang diambil akan dimuat naik ke laman sosial. Walau bagaimanapun, ada juga segelintir yang lebih tertarik untuk memberikan komen negatif.

“Jadi saya perlu berkorban banyak perkara dan begitulah saya mengambil keputusan bijak supaya tidak terlibat dengan sebarang kontroversi lagi,” ujarnya ketika ditemui baru-baru ini.

Dalam perkembangan lain, pada tahun depan Arja akan menyambung pengajian dalam peringkat sarjana (Masters) penyelidikan sepenuhnya di bawah fakulti kreatif untuk tempoh dua tahun di Univerisiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam.

“Proposal saya sudah diterima, dan insya-Allah proposal saya akan hantar pada hujung tahun ini atau awal tahun depan,” jelas Arja yang akan memulakan pengajiannya pada April 2017 nanti.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan