9 Feb 2017

Shuib, Sarah sanding selepas ada tiga anak

PASANGAN Shuib Sepahtu dan isterinya, Siti Sarah Raisuddin akan bersanding buat kali pertama hujung bulan ini selepas enam tahun berkahwin lapor Utusan Online.

Menurut Shuib, keputusan tersebut dibuat sebagai menghargai isterinya yang terus setia bersamanya di kala saat susah mahupun senang.

"Ketika kami kahwin enam tahun lepas, saya tidak punyai cukup wang untuk majlis kenduri dan bersanding, hanya mampu buat akad nikah sahaja.

"Sebab itu bila sudah ada sedikit wang, saya ingin tunaikan janji pada Sarah untuk adakan majlis persandingan , walaupun agak lewat dan dah ada tiga orang anak namun ia lebih indah dan bermakna," katanya.

Shuib dan Sarah berkahwin pada tanggal 26 Februari 2011 dan majlis persandingan serta resepsi ini akan dibuat pada tarikh yang sama bersempena meraikan ulang tahun perkahwinan mereka di Bora Ombak Marina.

Tambah Shuib lagi, beliau tidak mengambil hati jika orang ramai mengecam tindakannya ini.

"Mereka tidak tahu keadaan saya bila mula-mula berkahwin dengan Sarah dahulu, tidak kisahlah jika orang kecam sebab ini penghargaan saya buat isteri.

"Dia (Sarah) ikhlas terima saya, dalam keadaan saya tidak ada apa-apa kerana baru mula bertapak dalam bidang seni amatlah saya harga," katanya lagi.

Sementara itu, bagi Siti Sarah beliau berasa gembira dan bersyukur dengan hadiah ulangtahun perkahwinan mereka itu.

"Saya sudah jadi isteri Shuib selama enam tahun dan anak sudah ada tiga orang serta dapat suami yang sangat baik dari pelbagai sudut. Justeru, tiada ayat yang boleh gambarkan kegembiraan dan rasa bersyukur saya ini," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan