9 Feb 2017

Kecoh Cerita Amyra Rosli Masak Sambil Tengok Laptop

Gara-gara memasak sambil tengok laptop, Amyra Rosli mengakui menerima kecaman hebat netizen.

Hampir semua netizen mempertikaikan tindakan isteri aktor, Amar Baharin ini kerana ia jelas membahayakan diri.

Bagaimanapun, katanya, semua aksi itu dilakukan demi menjayakan kempen syarikat komputer tersebut.

"Saya diminta untuk memasak sambil mencari resipi di Internet menggunakan laptop itu.

"Jujur, semuanya telah disediakan oleh mereka, jadi saya hanya menjalankan tugas.

"Nama pun bekerja, jadi mahu atau tak saya perlu ikut supaya mereka berpuas hati," katanya pada Kakigosip.

Biarpun menerima komen negatif, Amyra ternyata bersedia dan tidak melenting.

"Saya sendiri pun tak gila nak buat semua itu.

"Bila saya baca semua komen itu, saya mampu gelak saja.

"Saya malas nak layan kerana mereka (netizen) tak tahu apa yang saya buat," katanya.

Tambahnya setiap kontrak periklanan yang ditandatangani juga tidak pernah menghalangnya untuk hamil.

"Buat masa ini, kami masih belum ada rezeki lagi.

"Masih belum ada berita gembira yang boleh dikongsi dengan semua," katanya.

Dalam perkembangan lain, Amyra dan suaminya, Amar baharu sahaja melancarkan single dan muzik video karaoke, Kisah Cinta Kita.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan