19 Mac 2018
27 FOTO NIKAH - ELVINA & SUAMI SIBUK, TIADA MASA HONEYMOON
Kira-kira pukul 3.27 petang semalam, pelakon Elvina Mohamad, 23, telah sah bergelar isteri kepada usahawan muda Datuk Mohd Haniff, 34, Borhan dengan sekali lafaz di Hotel Royale Chulan.
Elvina atau nama sebenarnya Norzalina Mohamad dan Haniff dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Nikah Masjid Asy Syakirin KLCC, Mohd Radhi Abdul Ghani dan disaksikan oleh keluarga kedua-dua belah pihak.
Ditanya mengenai bulan madu, Elvina memberitahu yang dia dan suaminya masih belum ada perancangan memandangkan jadualnya terlalu sibuk dan tidak ada waktu yang bersesuai.
Kata Elvina, dia akan menjalani penggambaran selepas majlis resepsi yang akan diadakan pada 24 Mac ini di lokasi yang sama.
"Buat masa sekarang saya dan suami tidak ada lagi perancangan untuk berbulan madu. Lokasi pun tak tahu lagi nak pergi mana.
"Jadual saya sibuk dan dia pun sama. Selepas majlis resepsi yang akan diadakan minggu hadapan ini hanya lima hari sahaja saya cuti.
"Selepas itu, saya dah mula masuk set penggambaran. Belum ada masa yang sesuai untuk bercuti," tutur ketika ditemui selepas majlis pernikahannya.
Dalam pada itu, pelakon drama 'Shh... I love You' ini juga berserah kepada rezeki Allah dan tiada sebarang perancangan untuk zuriat.
"Bab anak pula, kami memang tidak letak apa-apa perancangan juga. Berserah pada rezeki yang Allah beri.
"Kalau ditakdirkan saya dapat anak awal, Alhamdulillah. Kami memang tak rancangan untuk mempunyai berapa orang zuriat," ujarnya
Untuk makluman, pasangan itu berkenalan sekitar dua tahun lalu dan mulai rapat sejak setahun lepas sebelum membuat keputusan untuk ke jenjang pelamin kira-kira tiga bulan lalu.
www.myartis.com / Sumber: mStar
________________________
via Myartis
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan