27 Feb 2017

Anuar Zain masih fobia adakan konsert

PENYANYI popular Anuar Zain mengakui masih fobia mengadakan sebarang konsert mega berikutan pembatalan konsert sebelum ini.

Penyanyi yang terkenal dengan lagu Keabadian Cinta itu berkata, beliau disahkan doktor mengidap 'larygitis' sehingga menyebabkan hilang suara dan terpaksa membatalkan persembahannya pada Konsert Yonder Music Live Series by The Lake-Anuar Zain and You pada 21 Januari lalu.

Menurutnya, berikutan insiden itu atas nasihat doktor juga dia terpaksa berehat selama lebih kurang tiga minggu untuk memulihkan semula suaranya setelah mendapat rawatan di dua buah hospital di ibu negara.

Katanya, apa yang berlaku turut membuatkan beliau tertekan dan bersedih namun percaya dan yakin ada hikmah ALLAH disebalik apa yang berlaku.



"Sebagai penyanyi sudah pasti berita pembatalan konsert adalah satu yang menyedihkan bagi kita.

"Namun saya yakin dengan hikmaNYA dam ramai mendoakan saya termasuk peminat dan memberi nasihat supaya jaga kesihatan dan makan ubat," katanya.

Anuar berkata kepada pemberita selepas program Anuar Zain Album Tour 2017 anjuran Mydin di Pasar raya Mydin Pulau Sebang, hari ini.

Dalam program jelajah itu Anuar Zain akan membuat konsert di enam lokasi pasar raya Mydin termasuk tiga di semenanjung dan tiga lagi di Sarawak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan