3 Jan 2017

Yasmin Hani Selamat Bersalin Anak Kedua

Tahniah Kakigosip ucapkan buat pasangan Yasmin Hani Richardson dan suami, Shahrin Razali Wong kerana selamat menerima cahaya mata kedua lelaki pada 27 Disember lalu.

Bayi seberat tiga kilogram itu telah dilahirkan di Pusat Perubatan Prince Court, Kuala Lumpur, dan buat masa ini Yasmin belum lagi mendedahkan nama dan wajah anaknya.


"Alhamdullilah kami dah keluar daripada hospital. Now the family will be spending the next few weeks at #kimporo at #zellvwellnesshub where I will be receiving my post natal care. Looking forward to ushering 2017 in bed here with the boys," tulisnya.

Kakigosip ucapkan semoga Yasmin selamat menjalani proses berpantang dan semoga kedua-kedua anak lelaki membesar menjadi anak yang soleh.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan