Kasihan Rita Rudaini, video pendek durasi 5 saat, "Siapa nak pinang saya? Cepat-cepat, siapa cepat dia dapat," telah menjadi viral. Bukan sahaja tersebar di Youtube, Facebook dan Instagram tetapi juga dikongsi melalui Grup Whatsapp.
Kakigosip sendiri menerima kiriman video tersebut melalui Whatsapp yang dikirimkan oleh followers Media Hiburan.
Menurut Rita, dia kesal kerana video tersebut boleh menjatuhkan namanya.
"Video tu hanya untuk grup keluarga kak Sheila Mambo dan tak sangka pula boleh jadi macam ini. Tak sangka dikongsi dengan semua orang. Saya tak suka sebab orang nanti salah faham. Dengan status saya ini orang akan pandang rendah dan fikir yang bukan-bukan.
"Saya amat kesal jugalah sebab dikongsi untuk semua. Macam-macam persepsi orang akan buat terhadap saya. Kenapalah mereka buat begini pada saya," ujar Rita kesal.
Rita hanya bergurau dan berharap agar namanya tidak dipermainkan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan