9 Jan 2017

Sharnaaz, Nabila Nikah 31 Mac Depan

Pelakon Sharnaaz Ahmad dan kekasihnya Noor Nabila Mohd Noor memilih 31 Mac 2017 untuk melangsungkan perkahwinan.

Memetik laporan mStar online, Sharnaaz, 32, berkata majlis akad nikah mereka akan diadakan di kediaman wanita itu di Duta Tropika, malam Jumaat.

"Tarikh itu dipilih mengikut nasihat keluarga yang mahu perkahwinan kami dipercepatkan dan tarikh 31 Mac itu tiada apa-apa yang istimewa.

"Keluarga mahu majlis dilakukan pada Mac kerana tidak mahu terkejar-kejar dengan bulan Ramadan dan Hari Raya Puasa," ujarnya.

Majlis pernikahan pasangan ini akan diadakan secara tertutup bersama ahli keluarga terdekat sahaja.

Majlis resepsi akan diadakan pada 2 April di Kuala Lumpur dan di sebelah keluarga lelaki pula akan diadakan pada 16 April di G Hotel, Gurney Plaza, Pulau Pinang.

Sementara itu, Sharnaaz berkata, dia tidak mengadakan sebarang majlis pertunangan sebelum bernikah.

Terdahulu majlis merisik diadakan di kediaman wanita tersebut di sini pada 18 Disember 2016.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan