3 Jan 2017

"Mungkin Nikah Gantung Dulu" - Hazama

Pelantun lagu 'Diamaran Mama' yang dikhabarkan bakal menamatkan zaman solonya pada Januari ini berkemungkinan akan melangsungkan majlis pernikahan secara nikah gantung sahaja.

Ini kerana jadual Hazama yang agak padat dengan beberapa program seperti Anugerah Juara Lagu (AJL 31) dan Mentor Milenia musim kedua, Hazama tidak sempat untuk membuat sebarang persiapan perkahwinan.

Begitu juga dengan tunangnya yang turut sibuk.  Jadi bila kedua-dua sibuk, apa yang perlu, nikah gantung sahaja dulu.

"Saya hanya mahu melakukan perkara yang wajib sahaja, mungkin nikah gantung sahaja terlebih dahulu," katanya kepada Kakigosip ketika AIM 22 lalu.

Terdahulu Hazama sering kali menyatakan apa yang lebih diutamakan adalah melaksanakan yang wajib sahaja berbanding berhabis duit melangsungkan satu majlis perkahwinan yang 'grand'.

Andai nikah gantung pun janji sudah sah di sisi agama Islam ya kan? Apapun semoga segalanya berjalan dengan lancar seperti yang dirancang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan