10 Jan 2017

Fasha Sandha Harap Bertemu Jodoh Sebelum Anak-Anak Makin Membesar

Bintang terkenal dan juga ibu kepada dua orang cahaya mata, Fasha Sandha ketika ditemui baru-baru ini memberitahu, buat masa ini belum masanya lagi untuk memikirkan soal jodoh.

Walau bagaimanapun, Fasha berharap semoga bertemu jodoh sebelum kedua-dua orang anaknya iaitu Putra Rayfal Ramli dan Putri Raysha Jemaima membesar.

"Buat masa ini saya takut nak berikan komitmen sebabnya saya lebih mengutamakan kerjaya seni. Lagipun usia saya pun nak masuk 33 tahun dah. Kalau ada jodoh, namun biarlah tunggu anak-anak dah besar sikit yang penting mereka gembira, sebab ada ayah dan ibu.

"Meskipun mereka belum faham situasi yang berlaku, tetapi yang berlalu itu sejarah," ujarnya ketika sidang media pelancaran filem Badang yang diadakan bertempat di INTEKMA Resort dan Konvensyen, Shah Alam.

Dalam perkembangan kerjaya pula, Fasha memberitahu dia sebenarnya sudah gemar untuk membawakan watak yang ada aksi 'stunt'. Ini kerana Fasha ada melibatkan diri di dalam sukan seni mempertahankan diri, Muay Thai. Awas you all.

"Saya sudah biasa bekerja dengan Profesor A.Razak Mohaideen dan ini adalah karya ke tujuh bersamanya. Menariknya watak pada kali ini ada aksi 'stunt'. Seorang gadis yang kuat dan bukan seorang yang lemah," katanya ringkas.

Baguslah kalau Fasha positif untuk menerima bakal suami dan selaku ayah kepada dua orang anaknya. Semoga niat baik dan harapan Fasha dimakbul dan diperkenankan Allah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan