9 Jan 2017

Bergelar Pelakon, Abang Terlajak Laris Janji Buang Perangai Gedik

Pengasas produk D'Herbs iaitu Datuk Aliff Syukri, 30, berjanji penampilan sulungnya dalam filem berjudul Badang yang bakal diarahkan oleh Datuk Profeser Dr. A. Razak Mohaideen akan menjanjikan kelainan dan penonton akan melihat sisinya yang berbeza.

Memetik laporan mStar online, usahawan yang juga dikenali dengan jolokan abang terlajak laris ini berjanji akan lebih serius dan tidak akan berperangai 'gedik' seperti mana ketika mempromosikan produknya.

"Apa yang boleh saya katakan menerusi filem ini tidak akan ada perangai 'gedik' seperti mana ketika saya promosikan produk saya.

"Saya mengambil serius dengan peluang yang diberikan ini dan berjanji akan memberikan terbaik kerana bukan mudah untuk mendapat peluang seperti ini," ujarnya.

Dalam pada itu, Aliff menyangkal pemilihannya sebagai pelakon utama filem tersebut. Sebaliknya beliau tidak terlibat dari sebarang urusan produksi malah pada awalnya terkejut apabila ditawarkan peranan dalam filem berkenaan.

"Saya tidak menaja atau terlibat dalam sebarang urusan produksi sebaliknya dibayar untuk membintangi filem itu.

"Pada awalnya saya terkejut juga ditawarkan berlakon malah mengambil masa agak lama juga berfikir sebelum memberikan keputusan.

"Bagaimanapun saya akhirnya bersetuju kerana berlakon memang impian saya dan alang-alang mendapat peluang rasanya tidak salah saya mencuba bagi membuktikan saya ada bakat dalam lakonan," katanya.

Filem adiwira adaptasi daripada kisah rakyat itu bakal menjalani penggambaran pada 15 Januari ini. Filem terbitan FiTA Studios Sdn Bhd dan UiTM Holdings itu turut menampilkan barisan pelakon seperti Fasha Sandha, Fauzi Nawi dan Fareez Fauzi.

Dalam perkembangan lain, Aliff akan akan muncul dalam program realitinya iaitu Oh! Abang Kosmetik.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan