Untunglah penyanyi Adira kerana kebiasaannya peminat akan mengadakan majlis kejutan hari lahir untuk artisnya, namun berbeza dengan kelab peminat Adira yang mengadakan majlis baby shower.
Majlis ini diadakan tanpa pengetahuan Adira namun atas kerjasama suami Adira, Datuk Red. Pada mulanya Adira juga tidak menyangka Datuk Red hadir, namun apabila Datuk Red menyanyikan lagu Ombak Rindu, Adira kelihatan menitiskan airmata.
Majlis berlangsung dengan sederhana namun cukup meriah.
Bertuah Adira dan bayi yang bakal dilahirkan, pun dah ada peminat.
Adira dan Datuk Red atau nama sebenarnya Datuk Seri Adnan Abu telah berkahwin pada 3 Disember di Songkhla, Thailand selepas hanya tiga minggu berkenalan.
Walaupun hangat ketika itu namun kini mereka bahagia dan menunggu cahaya mata pertama bersama yang dijangka lahir pada bulan Mac ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan