17 Dis 2016

Akim Bersabar Dengan Kerenah Stacy

Penyanyi Akim tidak beekecil hati apabila ada ketikanya dia di marahi isterinya Stacy tanpa mengetahui sebarang punca.

Memetik laporan Kosmo!, Akim atau nama sebenarnya Afiq Hakim Ahmad, 25, memahami sikap dan tindakan Stacy itu bukan sengaja tetapi disebabkan mengalami hormon yang tidak stabil kerana proses kehamilan.

"Saya tidak mengambil hati dengan tindakan Stacy, sebaliknya mengkaji apa yang saya telah lakukan kepada dirinya.

"Mungkin pada hari itu, saya terlupa untuk memeluknya ketika bangun tidur dan disebabkan hal tersebut dia bermimpi perkara yang bukan-bukan," katanya.

Tambah Akim lagi, selera makan isterinya semakin bertambah terutama menu masakan tradisi Sabah.

"Tidak mengira masa, apabila terdetik untuk menikmati juadah tersebut saya akan berusaha memenuhi permintaannya.

'Stacy juga memang kerap memasak hidangan masakan Melayu seperti asam pedas, masak lemak dan beberapa juadah yang dia pelajari sebelum serta selepas berkahwin," katanya.

Sejak mengetahui keadaan Stacy berbadan dua, Akim, juga lebih gemar meluangkan masa di rumah bersama anak angkat mereka, Bella Valentina sekiranya terdapat waktu terluang. Stacy dijangka akan bersalin sekitar bulan Februari tahun depan.

Mengenai perkembangan seni, Akim & The Majistret bakal membuat persembahan di Dewan Filharmonik Petronas (DFP) pada 20 Februari tahun depan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan