18 Sep 2016

Kerap Bergaduh, Semakin Serasi

Selama sembilan bulan melayari bahtera mahligai kehidupan suami isteri, Shah Iskandar, 33 mengakui kehidupannya semakin bahagia dan lebih teratur.

Tambahan kini  isterinya Siti Sarah Mohd. Noor, 30 mengambil alih tugas sebagai pengurus peribadi yang bertanggungjawab menjaga semua jadual lakonannya.

Memetik laporan Kosmo!, pelakon kelahiran Singapura itu bagaimanapun tidak berselindung sebaliknya mengakui kadangkala dia dan isterinya kerap bertikam lidah hanya untuk perkara kecil.

"Alhamdulillah, kehidupan saya dan isteri semakin dilimpahi rasa bahagia. Bagaimanapun, saya akui adakalanya kami bertegang leher kerana kedua-duanya mempunyai pandangan tersendiri.

"Kami sering bergaduh walaupun hanya untuk perkara kecil. Namun jangan salah faham, pergaduhan kami bukanlah serius kerana pada saya, ia akhirnya membawa kepada perkara yang lebih produktif. Pendek kata kami bergaduh untuk mencari keserasian," katanya.

Mengenai perkembangan seni, Shah bakal sibuk di lokasi penggambaran drama bertajuk Biar Aku Jadi Penunggu arahan Michael Ang Selain drama lakonannya, Tahajud Cinta Umairah akan ditayangkan tidak lama lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan