8 Sep 2016
Keluarga Harap Hafiz Suip Cepat Dapat Anak
Biarpun baru tiga bulan mendirikan rumah tangga, penyanyi popular, Hafiz Suip, 26, mengakui sedikit tertekan apabila ada yang bertanya soal cahaya mata kepadanya.
Katanya, antara faktor lain dia merasa sebegitu apabila kedua buah keluarga juga mengharapkan mereka menimang cahaya mata secepat mungkin.
"Tipulah kalau saya rasa tidak tertekan apabila orang sudah mula bertanya bila mahu menimang cahaya mata kerana kami sendiri tidak merancang.
"Apa pun saya tidak ambil pertanyaan mereka secara serius atau menjadikan ia sebagai satu masalah besar untuk difikirkan.
"Saya dan isteri serahkan semuanya pada ALLAH SWT kerana Dia yang menetapkan segalanya dan apa yang penting kami berusaha ke arah itu (cahaya mata)," katanya yang mendirikan rumah tangga bersama Nureffy Jasreel Abdullah, 24 pada 14 Mei lalu.
Berkongsi pengalaman bergelar suami, penyanyi bersalah dari Kuching, Sarawak ini mengakui semakin matang dan banyak beralah.Katanya, dia juga lebih tegas dalam membuat keputusan berbanding dahulu.
"Tidak dinafikan ada banyak perubahan. Lagipun isteri saya masih muda dan ada ketikanya masih perlu dipimpin, jadi saya sebolehnya perlu tegas dan dalam masa sama, menjaga hatinya," katanya yang tidak terlalu mengalakkan Nureffy menceburi bidang seni.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan