13 Sep 2016

Isu Gambar Bogel Tersebar : Atikah Akan Ambil Tindakan

Pelakon Atikah Suhaime, 25, nekad mengambil tindakan undang-undang susulan penyebaran gambar bogel yang didakwa miliknya bersama pelakon Idris Khan, 28.

Memetik laporan Harian Metro, pelakon kelahiran Singapura itu menyatakan hasratnya itu selepas ada peminat menyarankan dia untuk membuat laporan polis dalam ruangan komen di laman Instagram miliknya.

"Salam. Saya masih di Singapura. Saya akan ambil tindakan selepas balik ke Malaysia. Terima kasih sentiasa sokong," jawabnya kepada peminat berkenaan.

Bagaimanapun, pelakon drama Bila Hati Berbicara itu tidak mahu mengulas lanjut mengenai kontroversi berkenaan

Pada 11 September lalu, dunia hiburan tanah air kembali digemparkan dengan penyebaran beberapa keping gambar bogel yang memaparkan dua pelakon berkenaan hangat diperkatakan selepas ia tersebar di laman sesawang.

Tahun lalu kedua-dua mereka menafikan mengenai perkara itu yang turut mengaitkan pelakon Ammar Alfian dengan foto itu.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan