Ketua Pegawai Eksekutif MIG, David Teo mendakwa pihaknya kini sedang mengumpul bukti bagi mencari dalang disebalik penyebaran gambar bogel yang didakwa mirip pelakon Atikah Suhaimie.
Memetik laporan Berita Harian online, David berkata, beliau bersimpati dengan nasib artis naungan syarikatnya itu kerana berdepan dengan kontroversi lama. Justeru dia mahu memastikan individu yang tidak bertanggungjawab itu dibawa ke muka pengadilan.
"Saya bersimpati dengan nasibnya kerana perlu berdepan kembali kontroversi lama. Saya akan memastikan individu yang berhati busuk itu dikenakan tindakan sewajarnya.
"Buat masa ini ,saya dan pihak pengurusan MIG sedang mengumpulkan bukti bagi mencari siapa yang menjadi dalang. Sama ada kontroversi ini benar atau tidak, dia perlu berhati-hati dalam berkawan.
"Isu sama sebelum ini pernah dikaitkan dengan Atikah, ia seakan dirancang dan disengajakan bagi memusnahkan kerjaya seninya yang sedang meningkat. Tidak kira di mana saja individu itu berada, sama ada dalam atau di luar negara, dia perlu bertanggungjawab di atas tindakan tidak bermoral yang dilakukannya,” katanya.
Sementara itu, David Teo turut memberitahu bahawa pihaknya masih bertimbang rasa dengan kontroversi melanda Atikah dan tidak merancang untuk menamatkan kontrak beliau.
Malah bagi David, beliau yakin Atikah telah dianiaya kerana ia bukanlah kali pertama berlaku dan pihaknya masih sedang menyiasat perkara tersebut sebelum mengambil sebarang tindakan.
Sebelum ini, beberapa gambar bogel mirip wajah Atikah Suhaime dan Idris Khan telah tersebar di laman sosial.
Berikutan itu, Atikah ketika ditanya berkata, beliau akan mengambil tindakan undang-undang ke atas penyebaran itu, manakala Idris Khan pula hanya meluahkan rasa terkilannya di laman sosial tanpa memberi sebarang komen kepada media.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan