Gitaris terkenal, Man Kidal atau nama sebenarnya, Abdul Rahman Mahmood mendakwa dirinya menjadi mangsa keadaan apabila dikatakan terlibat dengan aktiviti penggubahan wang haram atau money game.
Memetik laporan Kosmo! Man menyedari perkara tersebut selepas menerima maklumat daripada beberapa individu termasuk berita yang menjadi viral di internet sejak dua minggu lalu.
"Perkara tersebut diketahui sekitar sebulan lalu apabila beberapa individu memberi maklumat mengatakan saya terlibat dengan aktiviti penggubahan wang haram di media sosial. Pihak tidak bertanggungjawab itu cuba menggunakan kedudukan sebagai selebriti untuk mendapatkan kepercayaan ramai. Nombor telefon yang dipaparkan untuk tujuan tersebut juga tiada kaitan dengan saya.
"Mereka menggunakan nama salah sebuah anak syarikat saya iaitu MK Label Sdn. Bhd. untuk mendapat bayaran deposit daripada pelabur yang dijanjikan keuntungan lumayan.
"Perkara tersebut secara tidak langsung menjejaskan perniagaan produk makanan kesihatan milik saya yang telah beroperasi sejak November lalu. Saya menanggung kerugian teruk tetapi telah menjejaskan dan mengaibkan saya selain berasa dimanipulasikan oleh pihak tidak bertanggungjawab.
Tidak berdiam diri tanpa sebarang tindakan, Man Kidal yang kini bertindak sebagai Pengerusi Global Tijari Capital Bhd. membuat laporan polis di Balai Polis Sungai Pelong, Sungai Buluh, Petaling Jaya pada 24 Ogos lalu.
Pengasas kumpulan Lefthanded itu turut bertegas akan mengambil tindakan undang-undang ke atas individu yang cuba memanipulasikan nama dan syarikatnya untuk menjana keuntungan dengan cara mudah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan