Pengacara popular Fara Fauzana, 36, masih enggan menjelaskan punca pembatalan majlis pernikahannya pada 17 September ini biarpun diserbu pihak media yang ingin mendengar reaksinya berhubung insiden berkenaan.
Memetik laporan mStar online, Fara berkata, segalanya sudah terjawab seperti yang ditulis pada kenyataan media yang dikeluarkannya pada pada Ahad lalu.
"Semuanya sudah ditulis dalam kenyataan media dan tiada apa-apa yang ingin diulas lagi.
"Apa yang berlaku sudah kententuan Allah, saya kena pergi sekarang, terima kasih," ujarnya sebelum masuk ke kereta jenis BMW X6 berwarna hitam yang dipandu oleh pemandu peribadi yang sudah sedia menunggu dalam kenderaan tersebut.
Laporan menyebut, Fara yang berbaju berwarna biru itu dikawal ketat oleh 10 pengawal termasuk pembantu peribadi yang juga anak saudaranya iaitu Wan Zul Aimi Wan Ismail selepas selesai tugasan pada majlis anjuran stesen radio itu.
Kenderaan mewah itu turut dipakir di belakang pentas berhampiran pintu masuk yang memudahkan Fara untuk terus ke kenderaannya dengan tujuan mengelak daripada wartawan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan