Memetik laporan Harian Metro, Dira enggan mengulas mengenai perkara itu, sebaliknya lebih selesa berdiam diri.
"Saya tak mahu komen dan saya tak akan bercakap apa-apa mengenai perkara itu walaupun ramai yang nak tahu, katanya
Sementara Helmi juga berpendirian sama dengan Dira.
Laporan menyebut, Helmi mengatakan dia kini sibuk dengan penggambaran drama dan enggan mengulas mengenai hal itu.
"Kalau nak tahu cerita perceraian itu, saya tak mahu komen. Saya sibuk sekarang, hubungi saya semula," katanya.
Kali pertama gosip perceraian mereka mula diperkatakan Julai lalu, namun mereka menafikannya.
Dalam masa sama, Dira mengakui dia kecewa apabila perkara sebegini lebih menarik perhatian berbanding kerjayanya sebagai pelakon dan pengarah.
Difahamkan, kemelut rumah tangga pasangan ini dikatakan berpunca daripada penajaan sebuah filem yang menjalani penggambaran di Thailand.
Dira dan Helmi berkahwin pada 11 November 2011 di Merlimau, Melaka tetapi tidak dikurniakan cahaya mata.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan