10 Sep 2016
Che Ta Tak Bagi Orang Lain Gosok Baju Dia Sekeluarga!!!
Sibuk tetap sibuk tapi Rozita Che Wan katanya dia tidak pernah mengabaikan tanggungjawabnya sebagai seorang ibu dan isteri.
"Saya akui jadual memang agak padat dengan beberapa urusan namun saya tak akan biarkan pembantu rumah gosok pakaian suami dan anak-anak.
"Ini kerana saya tidak mahu membebel ataupun marah kalau gosok kain tidak betul ataupun menyebabkan pakaian rosak.
"Jadi, saya sendiri yang gosok biar puas hati, lagipun saya mestilah akan berhati-hati. Menyedari saya seorang yang sibuk, saya akan sediakan pakaian anak-anak dan suami untuk seminggu," ujarnya kepada Kakigosip.
Wah betul-betul 'Iron Lady' lah Che Ta ini, bagus! Wanita di luar sana kena jadikan Che Ta sebagai contoh. Mungkin ini jugalah antara faktor Zain Saidin begitu sayangkan Che Ta.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan