23 Sep 2016
Cat Farish Sunyi Tanpa Anak
Bila dah sembilan tahun kahwin, duduk bersama, ada anak tiga orang, tiba-tiba terpaksa berpisah, hati siapa yang tidak sedih.
Begitulah perasaan yang dialami oleh Cat Farish yang telah bercerai April lalu. Sekarang ini, Cat duduk seorang diri.
"Anak-anak di bawah jagaan bekas isteri tapi saya boleh tengok bila-bila masa yang saya mahukan. Tak ada masalah tentang itu cuma itulah rasa sunyi tu lain," jawab Cat menerusi Whatsapp.
Cat mempunyai tiga anak iaitu Nia Karlyssa, 9, Eva Latheefa, 6 dan Qul Iskandar, 5.
InsyaAllah kita doakan agar mana tahu pada masa akan datang pasangan ini akan bersatu semula
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan