8 Sep 2016

Amelina Sahkan Sudah Bercerai Selepas 16 Tahun Kahwin

Ratu Dangdut, Amelina yang kini kembali aktif menyanyi mengesahkan perkahwinan yang dibinanya selama 16 tahun dengan seorang ahli perniagaan sudah pun berakhir beberapa bulan lalu.

Sebelum ini terdapat beberapa laporan mengenai keruntuhan rumah tangganya sejak dia melakukan kemunculan semula dalam industri, namun Amelina, 41, mengambil pendekatan mendiamkan diri.

"Betul, saya sudah pun bercerai dengan bekas suami beberapa bulan lalu. Tetapi butiran lanjut mengenai perceraian kami tidak perlu dilanjutkan kepada umum.

"Jika dulu saya boleh berkahwin secara rahsia, mengapa tidak apabila bercerai ia juga tanpa sebarang publisiti,” ujarnya seperti yang dilaporkan Kosmo!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan