11 Jan 2017

Tutup Kisah Gambar Bogel, Atikah Suhaime Ubah Imej

Biarpun namanya cukup hangat diperkatakan pada tahun lalu apabila didakwa sebagai wanita dalam gambar bogel yang tersebar bersama seorang pelakon lelaki, namun Atikah Suhaime optimis untuk melupakan semua kisah silam dan bersedia melakar sejarah baharu.

Tahun ini, pelakon berasal dari Singapura ini hadir dengan penampilan baharu, berimej rambut pendek paras bahu dan tampil lebih langsing berbanding sebelum ini.

Memetik laporan Kosmo! Atikah berkata, menggubah imej adalah cara terbaik untuk melupakan kisah silam dan muncul sebagai Atikah Suhaime yang baharu pada tahun ini.

"Saya bukan hendak buang bala, jika berkata demikian orang akan kecam pula. Namun, ini cara terbaik untuk saya melupakan segala yang berlaku pada tahun lalu, sekali gus memulakan kehidupan 2017 sebagai Atikah Suhaime yang baharu.

"Sebagai manusia, saya hanya ingin menikmati kehidupan dan mengecapi kegembiraan dengan penampilan terbaharu,” katanya.

Mengakui namanya cukup panas dengan kontroversi pada tahun lalu, Atikah bagaimanapun enggan mengambil pusing kata orang sekeliling, sebaliknya terus mara ke depan untuk membina profil cemerlang sebagai anak seni.

“Pada tahun ini, saya hanya ingin fokus dalam kerjaya dan enggan terlalu fikir apa yang diperkatakan orang. Apa yang lepas biarlah ia berlalu dan saya hanya ingin memandang ke hadapan. Jika boleh saya akan mengelak untuk menjawab soalan berbaur kontroversi, cara itu lebih baik,” ujarnya.

Perkembangan lain, Atikah sedang menjalani penggambaran drama Seharum Mawar terbitan syarikat produksi JS Pictures. Dia juga akan terbang ke Indonesia kerana terlibat dengan pembikinan filem My Stupid Boss 2.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan