24 Nov 2016

Kenapa Ayda Jebat Teruja Sangat Tonton Filem Moana?!

Selaku wakil Malaysia, penyanyi Ayda Jebat pada awal November lalu telah dipilih bagi menyanyikan lagu tema filem Moana, sempat menyaksikan filem itu, Ayda mengajak orang ramai untuk menyaksikannya.

"Filem ini sangat sesuai ditonton buat semua lapisan masyarakat. Sebabnya di dalam filem Moana ini ada mesej yang sesuai untuk dijadikan teladan, terutamanya golongan kanak-kanak.

"Ada babak yang memaparkan seorang gadis perlu mendengar nasihat orang tuanya dan jangan melawan kerana mereka lebih tahu.

"Moana juga seorang gadis yang bertanggungjawab dan dia tahu apa yang perlu dilakukannya demi untuk menyelamatkan kampungnya yang dalam masalah," jelas Ayda yang menyukai watak Dwayne sebagai Maui.

Filem animasi kartun Moana mengisahkan seorang gadis yang mengembara di perairan laut besar. Pada masa yang sama juga Moana menghadapi pelbagai rintangan seperti berhadapan dengan gergasi.

Untuk menyelamatkan orang-orang kampungnya yang dalam kesusahan, dapatkah Moana menyelesaikan kemelut tersebut?

Saksikan pengembaraannya itu di pawagam bermula 1 Disember depan. Cuti sekolahkan? Apa lagi satu family pun boleh tempah satu panggung.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan