24 Nov 2016

Jihan Muse Berlakon 3 Bulan Sekali

Pelawak Jihan Muse mengakui dirinya perlu memberikan sepenuh tumpuan terhadap sesuatu perkara yang ingin dilakukannya agar tidak keliru.

"Saya tetapkan tiga bulan sekali mesti berlakon. Jadi, berlakon hanya boleh buat telemovie sahaja dan insya-Allah tahun depan saya cuba dengan siri tapi tak buat keputusan lagi.

"Apapun bergantung kepada jadual, saya tak suka berlakon main tangkap muat contohnya hari ni ada program lain pagi ada shooting dan malam kerja lain. Saya suka buat satu kerja satu masa supaya saya boleh fokus.

"Terutamanya watak berat mental kena siap, pagi watak berat dan malam pula kena buat lawak, saya tak boleh nanti pening. Kebanyakkan tawaran berlakon saya ambil yang betul-betul mencabar kebolehan saya," ujarnya.



Jelas Jihan Muse atau nama sebenarnya Nuur Jihan Musa yang ditenui ketika menghadiri sidang media telefilem part 1 dan part 2 Oh My! English Road To Jogja!.

Selain penampilan istimewa Randy Pangalila, turut menjayakan telefilem itu antaranya seperti Elfira Loy, Mark Adam, dan ramai lagi.

Telefilem tersebut bakal ditayangkan pada 3 dan 11 Disember jam 9 malam menerusi saluran Astro (TVIQ 610, Prima 105, Maya HD 135).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan