13 Sep 2016

Maleeq Nama Anak Sulung Sam (Bunkface)


Tahniah Kakigosip ucapkan buat penyanyi Sam (Bunkface) dan isteri kerana telah selamat menimang cahaya mata lelaki.

Semalam, Sam telah pun berkongsi berita gembira itu melalui laman Instagramnya. Kalau nak tahu, semasa isterinya Aida Azira Husin hamil tiga bulan, Sam atau nama penuhnya Shamsul Annuar sudah pun menyenaraikan nama anaknya.


Oleh itu, Sam telah pun memilih Maleeq sebagai nama buat cahaya matanya. Comel anak Sam dan Aida. Kulitnya pun putih seperti bapanya.

"Assalamualaikum dunia. Let me introduce to you Maleeq bin Shamsul Annuar #alhamdulillah," ucapnya.

Untuk rekod, Sam dan isterinya Aida Azira Husin telah berkahwin pada 25 April tahun lalu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan