23 Sep 2016

Jamal Abdillah Nasihat Anak Tumpu Pelajaran


Besar dah rupanya anak Raja Pop Datuk Jamal Abdillah.  Ketika menghadiri majlis pra-tonton Konsert 3 Suara di Istana Budaya Kakigosip sempat tanya mengenai perancangan masa depan bersama anak sulungnya, Osama Yamani, 15, yang semakin kacak.  Jamal memberitahu dia mahu Osama tumpukan pada pengajian terlebih dulu.

Kalau siapa yang pernah mendengar Osama menyanyi tentu saja kita akan katakan suara dia dan ayahnya memang hampir sama. Mana kuah kalau tak tumpah ke nasi kan?

"Saya akan berkolaborasi dengan anak saya, sekarang ini dia tengah nak menduduki peperiksaan tingkatan tiga (PT3). Jadi biarlah dia tumpukan sepenuh perhatian pada pelajarannya dulu kemudian baru saya bawa dia masuk industri," katanya ringkas.

Semalam, antara artis yang beradu suara itu tak lain tak bukan mestilah Datuk Jamal Abdillah, Ameng (Spring), dan Zamani (Slam). Konsert itu akan bermula 22 sehingga 25 September ini.

Wow memang padulah apabila suara-suara legenda kita ini bergabung.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan